klik here...

welcome

Sunday, September 14, 2014

Lenovo A880

CARA ROOT LENOVO A880 DAN INSTALL SUPERSU

Tools Yg Diperlukan :
1 – Vroot English
2 – SuperSu 1.94
3 – Recovery2 Img
4 – Usb Driver
STEP 1
- Dengan menggunakan komputer, Download Usb Driver, Extractkan ( guna winrar ) dan Install Lenovo Usb Driver 1.08 kat komputer. Run as Administrator jika Windows 7
STEP 2
- Kemudian, download Vroot English dan install software tersebut kat komputer. Jalankan program tersebut.
STEP 3
- Cucuk phone anda ke komputer dan tunggu sehingga software tersebut detect phone anda sepenuhnya.     ( rujuk gambar di bawah )
STEP 4
- Klik  Button Root ( butang hijau  )
STEP 5
- Setelah selesai, telefon anda akan restart secara automatik. Anda dah boleh cabut phone waktu ni. Dan anda boleh close program vroot tersebut. ( anda akan jumpa software bernama ” KINGUSER ” dalam phone anda.
STEP 6
- Buka Playstore Dan Download Software ” Root Checker ” ( utk memastikan phone anda dah berjaya root )
STEP 7
- Jalankan software Root Checker tersebut dan klik pada menu ” Verify Root “. Kalau software tu tulis “congrotulation your device is root “, maknanya anda dah pun berjaya root phone anda.
STEP 8
- Download file Recovery2.img dan pastikan file ini diletakkan atau berada di dalam internal storage phone. Bukannya dalam memory card
STEP 9
- Download file Supersu 1.94 ( xperlu extract ) dan pastikan file ini diletakkan atau berada di dalam external storage (memory card)
STEP 10
- Download pula Software ” Mobile Uncle Tools ” Dari Playstore
- Start Software Mobile Uncle Tools dan tekan ” GRANT ”
STEP 11
- Klik menu Recovery Update
STEP 12 – Klik Recovery2.Img
STEP 13 – Klik Ok
STEP 14 – Klik Ok
STEP 15
- Nanti dia akan keluar menu seperti di bawah
STEP 16
- Ikut arahan seperti di bawah ( guna button volume utk turun dan naik / button power untuk enter )
1- install zip from sd card
2- choose zip from sd card
3- update supersu-v1.94.zip
4- yes—–install update supersu v1.94 zip
5- proses tidak begitu lama. jika sudah selesai atau complete,
6- go back
7- reboot system now
STEP 16
- Sekarang Kinguser dah bertukar menjadi Supersu. So tahniah, anda berjaya melalui proses root yg nampak susah, tapi amat mudah sebenarnya. Anda kini mempunyai root access daripada Supersu.

Saturday, September 13, 2014

7 Tips Motivasi Pagi



Senyumlah... InsyaAllah kebahagiaan menanti.. senyuman mampu merubah kehidupan seseorang.. percayalah dengan senyuman yang seikhlas hati dapat membuat orang yang melihatnya juga akan tersenyum.. senyuman itu kan sedekah.



Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.. selalunya masa bangun awal pagi, aku suka search kata-kata motivasi dan madah yang indah untuk menaikkan motivasi di pagi hari.. rasa macam dapat kekuatan dan semangat bila dapat ucap selamat pagi dekat kawan-kawan facebook, wechat, whatsaap..dll.. 7 Tips motivasi selamat pagi ni secara tak langsung dapat bagi semangat baru untuk memulakan aktiviti seharian..


7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Semangat

Perkara terbaik yang anda patut lakukan pada waktu pagi ialah;
1. Bersyukur..Bersyukur…dan Bersyukur..
Bersyukur sebab anda masih diberikan peluang untuk menerukan hidup. Anda juga masih diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik daripada hari kelmarin.
2.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel motivasi-motivasi pendek dan bacalah dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan baca news paper, jangan baca gossip-gossip ataupun sebarang aktiviti mengumpat bersama kawan-kawan. Sebabnya, ia akan mengeluarkan energy negative lalu menghalang anda daripada bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya sesi Motivasi Pagi di TV3 dan ikuti Motivasi Bersama Dr.Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit untuk memberi motivasi kepada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya anda menjadi lemah semangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah..
Bila anda mula punch kad untuk nak masuk kerja, mulakanlah dengan baca Bismillah.., moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuatkan anda lalai, mengantuk [macam tak cukup cas bateri saja].Anda kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas..duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah.. Moga apa jua yang anda lakukan akan mendapat keberkatan. Masuk sahaja ke dalam kelas, pasang niat dengan ikhlas anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah dalam melakukannya, anda mempunyai peluang yang cerah untuk Cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja.. Kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari ini, betul tak? Kita hanya nak sampai di sana bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang, balik rumah dan berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi bangun dan perkara yang sama berulang lagi.
Hidup anda bagai dalam 1 bulatan..situ-situ saja..
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai. Lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji? Berapa bab buku yang anda nak baca minggu ini? Berapa soalan yang anda nak tanya pada lecturer atau guru nanti?
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini  dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari perniagaan anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ini dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuatkan kita lebih energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari lihat warna-warna yang cerah seperti merah, kuning, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri. Berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lupakanlah kisah semalam yang pedih. Lepaskanlah semuanya..Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan kesemuanya dari dahulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda akan jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri
Berani berubah untuk kecemerlangan hidup.


Sentiasa bersemangat untuk memulakan aktiviti seharian.. Allah mengurniakan kita rezeki untuk kita menikmati hari ini, jadi gunakanlah peluang yang ada untuk terus memanjatkan kesyukuran kepada-Nya

Bicara Berirama

Entry kali ini berkongsi memori  Pasukan Bicara Berirama SMK Spaoh 2014....
Johan peringkat Bahagian Betong dan Naib Johan Peringat Negeri Sarawak pada tahun 2014
di Dewan Suarah Sri Aman..
Persiapan Sebelum ke peringkat Negeri..

Perjalanan ke Sri Aman...

Watak Utama .. Bazli Junior...

Kami lah yg terawal dtg...


menang no.5..

Kami d kediaman sebentar....

Persiapan terakhir sebelum ke lokasi pertandingan...


Tempat ke3..Bahagian Sarikei


Zon Mukah...

Zon Serian..

Zon Kota Samarahan..

No. 2 yang penting..

bergembira walau pun dpt Naib Johan..hehe


SMKS melakar pencapaian terbaru di peringkat negeri..
p/s: Hope Tahun depan buat yang terbaik lagi....terima kasih kepada semua piha yg terlibat dalam membantu kami sehingga mencapai ke tahap ini terutama semua guru-guru SMKS yang banyak memberi kerjasama dari awal lagi....Jasa Kalian Kami Hargai...Untuk Anak-anak SMKS anda semua memang yang terbaik....

Friday, September 12, 2014

Aku Masih Single


Aku Masih Single....

Peringatan untuk diriku,mungkin ada hikmah kenapa aku masih single sehingga sekarang dan kenapa pintu hatiku tidak pernah terbuka untuk sesiapa. Aku jadikan puisi dibawah ini (from iluvislam) sebagai perangsang untuk diri aku yang masih solo ini ;


Ya Allah, 
Andai masanya belum tiba, 
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, 
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, 
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan, 
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, 
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, 
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, 
Agar aku dapat menjaga diri. 

Ya Allah, 
Jika aku jatuh cinta, 
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, 
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, 
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, 
Maka hilanglah cintaku padanya, 
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 

Ya Allah, 
Dan jika dia mencintai aku, 
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, 
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, 
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, 
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. 

Ya Allah, 
Jika ini bukan masanya, 
Jika ini belum saatnya, 
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, 
Selamatkan kami, 
Jarakkan kami, 
Pisahkan kami, 
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, 
Agar kami tak mengundang murka-MU, 
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi. 

Ya Allah, 
Andai dia bukan untuk ku, 
Andai dia bukan jodohku, 
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya, 
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya, 
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, 
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, 
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. 

Mencari Cinta...
Amiin.. 


Cinta dan Ibadah

Cinta Dan Ibadah...
Senandung cinta dalam hati memahami ketakutanku
Semakin kini aku merasakan waktuku smakin dekat
Kidung malam menyaksikan janjiku padamu demi dia
Petir mencekam menarik jiwa kita berdua merana
Tiada yang bisa ku beri demi cinta hanya pengorbanan
Walau tersiksa namun demi cinta bahagia aku rela
Tak pernah ku bayangkan takdirku mengantarkan pada janji
Menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan

Andai takdir bisa berubah
Kemanakah kita pergi?
Kau pikir mudah menjadi aku
Kau kira tak sulit jadi aku
Mencintai dia lelaki yang sama pedihnya
Sesungguhnya jiwa berderai tangis
Membelah langit hitam sampai laut marah
Antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab
Cinta dan ibadah
Cinta dan ibadah
Tiada yang bisa ku beri demi cinta hanya pengorbanan
Walau tersiksa namun demi cinta bahagia aku rela
Tak pernah ku bayangkan takdirku mengantarkan pada janji
Menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan
Andai takdir bisa berubah
Kemanakah kita pergi?
Kau pikir mudah menjadi aku
Kau kira tak sulit jadi aku
Mencintai dia lelaki yang sama pedihnya
Sesungguhnya jiwa berderai tangis
Membelah langit hitam sampai laut marah
Antara ikhlas muhasabah cinta
Sesungguhnya jiwa berderai tangis
Membelah langit hitam sampai laut marah
Antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab
Cinta dan ibadah
Cinta dan ibadah

Patah Hati

Hikmah Disebalik Rasa Patah Hati

Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas.
Tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat
 “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati
Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”.
Tiada istilah lain kah yang lebih sedap?
Tapi  yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita
Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?
Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:
- Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan?
Bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka.
Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata.
Menangislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri.
Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya
♥ ‘fabiayyi ala irobbikuma tukazziban ♥
Maka nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? bahkan didalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya.
Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini?
Cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah ditelinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya.
Tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam Al Quran?
Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah disebalik hati yang teriris berdarah darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kitakepada cintanya ALLAH.
Apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini?
Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan?
Disebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH.
Nauzubillahimindzalik.
Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.
 “Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”
Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan.
Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil telefon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.
Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia,
Terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH.
Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini  !

Sunday, November 21, 2010

Final Exam 2010

hari Ini Bermula Nya Final Exam Kat UPSI....
SO pada Kawan2 yg dah Stat Gud lUck n do The Best!!!...

Baik ma...baik pa... :)

Jom pantun jap,

'Tambah tolak darab bahagi,
Asas matematik untuk panduan,
Ayahanda bonda mengharap diri,
Jangan anakanda sia-siakan.'

Berakhirlah penjalanan masa di semester terakhir sesi '10/11....semester depan dah stat pratikal...
Sesuatu yang pasti, pelbagai cabaran menanti di hadapan. Moga kudiberi kekuatan untuk menghadapi segala macam situasi...InsyaAllah.. Kurindukan sokongan sahabat-sahabat lalu di sisi.. Ternyata kasih kalian tiada tandingan...
 
Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan! Kata seorang sahabat setia OUTREACH dan ICT Klang, "kejayaan itu dicipta oleh manusia biasa yang berusaha secara luar biasa."
- Norliana Abd Aziz-

Sentiasa kuingat pesanan ringkasnya disebalik kiriman kad lewat bulan Jun yang lalu.

Kini, tiba musimnya.... Final Exam datang menjengah! Bersediakah kita, kawan-kawan?
Inilah realitinya...
Salam Imtihan untuk semua :) 


 Juga buat sahabat-sahabat di seluruh IPTA, politeknik dan kolej2...

Ingin juga kusisipkan untaian doa. Moga kita lebih kuat untuk menghadapi FINAL Exam. :)

DOA-DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN- SEMOGA BERJAYA DUNIA & AKHIRAT

by Azrim ازريم Mukrim مكرم ( saham Akhirat buat beliau )


- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
 

Doa Pada Hari Peperiksaan. Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.

:: Selamat beramal. Ingatlah, ilmu tanpa amal ibarat pepohon yang tiada buahnya. Jadilah kita insan yang bijak memanfaatkan segala sesuatu ::


 
Ke sana sini mencari paku,
Untuk disangkut kain basahan,
Bertungkus lumus membaca buku,
Rela berkorban demi sebuah kejayaan.
  

Cuaca mendung hari nak hujan,
Guruh berdentum menjadi-jadi,
Tinggi gunung tinggi harapan,
Doa dan restu agar diberkati.

Akhir kalam, selamat berjaya semua.
Tinta perjuangan : "Kembara minda menelusur kebeningan hati".
Ada banyak perkara yang perlu dilakukan dalam hidup ini...namun, tika hampir dengan peperiksaan, keutamaan perlu diberikan kepada peperiksaan!

Moga Allah redha.
Wallahua'lam :)

Diriku Duniaku,
Raffy' 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
-dIriKu DunIaKu- © 2008 Template by:
SkinCorner