klik here...

welcome

Friday, September 26, 2014

Sinopsis Cinta Ibadah

Sinopsis Drama Cinta Ibadah Astro Prima



Assalammualaikum..
Drama Baru Cinta Ibadah telah pun bersiaran di Astro Prima bermula 8 September yang lalu.
Cinta Ibadah ialah telenovela tempatan pertama yang dihasilkan dalam siri terpanjang dan akan disambung jika mendapat sambutan penonton. Ia menampilkan lakonan pelakon popular seperti Hisyam Hamid, Aishah Ilias, Raja Ilya, Fattah Amin, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Diarahkan oleh Ayie Mustafa dan Sridhar Jetty.



Sinopsis Cinta Ibadah

Mengisahkan pasangan suami isteri yang bahagia iaitu Siti (Aishah) dan suaminya Hafiz (Fattah) yang mula goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit yang dihidapinya daripada pengetahuan Hafiz. Tidak mahu Hafiz mengesyaki perkara sebenar mengenai kesihatannya, Siti meminta pertolongan Rina yang secara kebetulan mempunyai raut wajah seiras dengannya untuk menggantikan tempat Siti sementara dia menjalani rawatan di hospital.

Rina diperkenalkan oleh Dr Irma yang merawat Siti yang kebetulan mengenali Rina di hospital. Pada awalnya Rina agak keberatan namun akhirnya bersetuju apabila Siti menyatakan yang dia akan menanggung segala perbelanjaan rawatan ibu Rina yang sedang sakit. Keadaan diburukkan lagi apabila kakak kandung Siti ingin merampas Hafiz daripada Siti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
-dIriKu DunIaKu- © 2008 Template by:
SkinCorner