Berkongsi hasil ilham pelajar Tingkatan 2 tahun 2014..Di sini 3 orang karya pelajar yang boleh dijadikan sebagai contoh dalam mencipta puisi.terima kasih kepada anak didik yang sanggup menghasilkan karya sendiri walaupun banyak benda lagi yang perlu dikuasai dalam menghasilkan puisi yang lebih indah bahasanya.
Secebis
Memori Ibu
Ibu,
Kau sinari hariku dengan kasihmu,
Kau curahkan segala kasih sayangmu kepadaku,
Kasihmu tidak standing dengan apa pun.
Ibu,
Dengan secebis memori,
Mengingatkan aku tetang dirimu,
Kasih sayangmu yang tersemat di hatiku,
Kini kerinduan menyelubungi sanubariku.
Ibu,
Meski engkau telah pergi,
Namun dapat kurasakan kehadiranmu,
Kerna tutur bicaramu masih tergiang-giang dicuping telingaku,
Setiap hariku terkenangkanmu,
Ibu, kau tunggulah aku di syurga firdausi.
Kau sinari hariku dengan kasihmu,
Kau curahkan segala kasih sayangmu kepadaku,
Kasihmu tidak standing dengan apa pun.
Ibu,
Dengan secebis memori,
Mengingatkan aku tetang dirimu,
Kasih sayangmu yang tersemat di hatiku,
Kini kerinduan menyelubungi sanubariku.
Ibu,
Meski engkau telah pergi,
Namun dapat kurasakan kehadiranmu,
Kerna tutur bicaramu masih tergiang-giang dicuping telingaku,
Setiap hariku terkenangkanmu,
Ibu, kau tunggulah aku di syurga firdausi.
Hasil karya:
Evylia Sardi
2 krk
Percayalah
Ibu
Ibu..
Setiap
bait-bait katamu,
Setiap
pesanmu,
Tidak pernah
aku hiraukan.
Bertitis-titis
air mata,
Telah engkau
tumpahkan demiku,
Namun sesaat
pun tidak pernah,
Aku sesali.
Tapi…
Percayalah
ibu,
Setiap apa
yang aku lakukan,
Hadiah untuk
mu,
Setiap doa
yang aku lafazkan,
Ikhlas untuk
mu.
Yang aku
harapkan hanyalah,
Sekali pun
tidak pernah engkau sesali,
Kerana telah
melahirkan aku,
Kerana
sesungguhnya,
Engkau ibuku…
Karya: Nur
Hannizia Bt Zaini
2krk
Pengorbanan
Ibu
Oh Ibu,
Tatkala
seunyi menyapa diri ini,
Kau hadir
bagaikan teman setia,
Senyumanmu
yang tidak pernah lekang di bibirmu,
Kau hiasi
tiap hariku dengan olah jenakamu.
Oh ibu,
Tatkala diri
ini dilanda sakit,
Kau hadir di
sisi mengubatiku,
Siang
berganti malam,
Malam
berganti siang,
Menjaga ku
dengan tekun,
Alunan
suaramu yang merdu mengamati jiwaku di
malam hari.
Oh ibu,
Sungguh besar
jasamu terhadapku,
Kau bagaikan
bulan dan bintang di malam hari,
Di siang hari
kau bagaikan matahari yang terbit di ufuk jingga,
Bertapa
agungnya jasamu di mataku,
Bertapa
murninya kasihmu di hatiku,
Tidak terdaya
tubuhku membalasnya.
Hasil karya:
Ayu Azwanie Bt. Mohideni
2krk
Marilah sama-sama kita berdoa untuk kedua-dua ibu bapa kita....amin..
0 comments:
Post a Comment